I wanna back to normal

Wednesday 27 March 2013

Doa dan Zikir untuk banyakkan susu ibu

AMALAN, DOA DAN ZIKIR UNTUK 

MEMPERBANYAKKAN 

 SUSU IBU


- Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada


 payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan

  rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang

 cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya


 2 tahun.

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya,


 maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu

 terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara

 mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman):

 “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan 

bencana kerosakan di muka bumi”.

- Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari


. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir

 tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.



- Baca doa untuk ibu-ibu- “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku,


 banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan

 anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”

- Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.

~Segala yang terbaik buat si manja kesayangan KITA~

Friday 22 March 2013

Assalammualaikum

Hai semua... Mak aiiiiiiiiiii... lame betul xmengupdate blog.. hahaha nampak sgt saya ni bukan blogger yang ade cerita untuk dishare hari-hari.. Well, alhamdulillah today already Friday, penghulu segala hari... Today saya nak update pasal diri sendiri la... hehehe Nak tau ape cite, tgk pic kat bawah ni...




Jeng jeng jeng.... Ini lah baby saya yang No 2... Nama dia Nur Afwina Insyirah Binti Muhd Shakirin.. Well, Alhamdulillah everything's fine.. Lahirkan si kecik di HUKM Kuala Lumpur pada 9 Oct 2012 secara normal dengan berat 3.01kg.. Alhamdulillah jugak saya kini dapat sepasang.. hehe Happy! For your info, Wina the only girl dalam our family.. sepupu2 die semua lelaki, and selalu kena buli la.. Kesian anakku.. :) Well, dengan izin Allah, semasa proses melahirkan dia saya hanya sakit sekejap je.. Pukul 6.00 pagi turun darah terus shoot pegi hospital.. time tu tak la rase sakit sgt.. After that tunggu kejap kat ward kecemasan sambil doc pasang USG kat perut.. Masa tu doc check jalan dah bukak 4cm terus doc tolak ke labour room.. 8.30 masuk labour room pukul 8.50 bersalin.. Masa nurse tunjuk baby tu, rasa syukur sgt2.. sbb baby sihat saya pun selamat.. Ya Allah, sungguh indah ciptaan mu.. SYUKUR pada mu Ya Allah... Terima kasih ya Allah... Semoga anak mama ni menjadi anak yang solehah di dunia dan di akhirat.. Mama sentiasa mendoakan anak2 mama menjadi insan yang berguna.. Mama sayang kan kamu... :) 


 Ha... masa ni baru beberapa minit bersalin... hehe muka pun sembap lagi... mana xnya semua urat putus.. hehehe


 Baby wina..... :)


Masa ni umur dia sehari... :)


 Now Wina dah 5 month old... Next mont dah boleh bagi solid food... yeay!!


 Ini pula rezeki untuk Wina.. Semoga misi mama berjaya sampai Wina 2 tahun.. In shaa Allah :)


Jadilah kami berempat... :) Semoga keluarga kami di berkati Allah dan kekal hingga ke hujung nyawa... Amin........

Tuesday 2 October 2012

Untuk Renungan Kita Bersama

Siapa dia Yasmin Hunwick / Yasmin Johan Eusoff??

Saya percaya tentu ramai yang dah mengenali beliau, memandangkan cerita beliau semakin hangat diperkatakan kini..... Pada yang belum kenal atau masih tertanya-tanya siapakah beliau, saya lampirkan sedikit biodata mengenai beliau...


Terus terang saya katakan bahawasanya saya mmg tidak mengenali beliau.. Saya mendapat tahu cerita tentang beliau melalui salah seorang kawan FB yang telah berkongsi Link blog beliau yang kini telah dikendalikan oleh ibunya sendiri...http://misschronicz.blogspot.com/ Perasaan ingin tahu apa cerita tentang beliau kerana berita mengenai beliau sedang hangat diperkatakan oleh orang sekeliling... Oh... Innalillahiwainnailaihirojiun.. Dah meninggal rupanya Yasmin ni... Kisah pemergian arwah sangat sedih... Beliau terlibat di dalam kemalangan motosikal bersama2 2 orang lagi rakannya dan ketiga2 mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.. Yang paling menarik minat saya apabila salah seorang saksi sempat memangku arwah Yasmin dan membantu arwah mengucap dua kalimah syahadah.. Arwah sempat mengucap sebanyak 3 kali sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir... 

Sebenarnya arwah Yasmin telah lama meninggal iaitu pada 3 June 2012.. Tapi saya mengetahui cerita tentang beliau pada bulan lepas... Arwah berusia 17 tahun dan tidak sempat untuk menduduki peperiksaan SPM, Allah telah menjemputnya dahulu... Sesungguhnya Allah sangat menyayangi arwah kerana menjemput arwah kembali kesisiNya dengan usia yang amat muda... Saya sangat suka personaliti arwah, bukan sahaja ciptaan Allah ini sungguh cantik, tetapi arwah seorang yang menjaga dirinya dengan menutup aurat... Really adore with her personality... Tahniah kepada kedua orang tua arwah kerana berjaya membimbing arwah ke jalan yang diredhai..

Walaupun saya tidak mengenali arwah, tetapi pemergian arwah memberi pengajaran dan pengingatan kepada kita semua yang masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini.. Dan ingatlah segala yang kita miliki ini semua hanyalah pinjaman semata2 daripada Allah S.W.T... Kisah pemergian arwah memberi impak yang sangat besar untuk golongan muda mudi kerana beberapa bulan sebelum pemergian beliau, terdapat beberapa kejadian yang berlaku pada arwah...


Beberapa bulan sebelum pemergian arwah, arwah telah bermimpi seperti yang arwah tulis di blog beliau...



Gambar buku ini pula di upload oleh arwah di instagram..... Sesungguhnya arwah telah bersedia untuk pergi menemui penciptanya... Allahuakbar!!




Sesungguhnya cerita arwah ini sangat menginsafkan diri saya... Semua yang hidup akan mati.... Cuma kita tak tahu bila dan dimana Allah akan menjemput kita untuk kembali kesisiNya.. Wallahualam...

 Semoga roh arwah Yasmin tenang di sana... Sama-samalah kita sedekah Al-Fatihah untuk kesejahteraan arwah... Saya tidak dapat membayangkan bagaimana perasaan keluarga arwah untuk menempuhi masa-masa mendatang tanpa arwah disisi.. Tetapi saya percaya seluruh anggota keluarga arwah begitu tabah mengharungi dugaan daripada Allah... 


Tempat persemadian arwah




Begitu indah ciptaan Allah ini.... Sejuk mata memandang




Yasmin Hunwick / Yasmin Johan Eusoff : 22 February 1995 - 3 June 2012

-Al-Fatihah-

Woot Woot......

Assalammualaikum semua....

Nampak gayanya dah lame juge la saya tidak mengupdate blog ni...Tau2 je dah masuk bulan October yer.. Sesungguhnya masa berlalu dengan begitu pantas... Pejam celik pejam celik tak lame lagi kita akan meninggalkan tahun 2012.... Bersyukur pada Allah S.W.T kerana masih diberi kesempatan untuk bernafas di  dunia ini....

Saya kini hanya menunggu hari untuk melahirkan anak yang kedua... Harap semua berjalan dengan lanjar... Perasaan gerun tu still ada walaupun dah ade pengalaman yang pertama... hehehe gerun  sbb nak merasai sakit yang amat sangat tu...

Sampai di sini saja coretan saya...


P/S : Saya akan update blog selepas ini tentang seorang blogger remaja yang telah kembali kerahmatullah
        bulan Jun yang lalu.... Tungguuuuuu..........

Wednesday 15 February 2012

Rezeki dari Allah S.W.T...

Salam all... Rase nya agak lame jugak la saya xupdate blog ni... Well saya nak kongsi berita gembira saya.. Pada 7 February 2012 saya dah late period around 3 days.. Hati ni macam dapat rase diri ni macam lain je.. pening2 n rase nak muntah pun ade... then saya pun beli lah pregnancy test dekat farmasi.. Then balik tu xsabar la kan nak try.. then ini lah resultnye lepas test..



Alhamdulillah... POSITIVE! :)

Yeay! Aqeef nak dapat adik dah.. InsyaAllah mid of Oct.. So same bulan dengan papa dia... hehehe Bersyukur sgt2 sbb Allah bagi rezeki yang terhingga nilainya.. Hope semua nya berjalan dengan lancar.. Semua orang happy.. lebih2 lagi Parents n parents in law la kan.. sbb cucu nak bertambah.. Well apa2 pun bersyukur sgt pada yang Esa.. Sesungguhnya Dia memang berkuasa di muka bumi ini.. Pada Dia kita datang dan pada Dia juga lah kita kembali...  Doakan kami yer kawan2.. :) 

So that, dengan pregnant nye saya, Aqeef saya yg sorang tuh teramatlah manja.. Manja yang teramat sangat la kan.. But now bit susah hati sebab saya fully breastfeed Aqeef, since pregnant susu dah drop gila2 punya.. macam dah nak kering pun yer.. So Aqeef pun macam xpuas minum.. Nak xnak terpaksa la jugak top up susu formula.. But untill now Aqeef mmg refuse susu formula.. Kesiannya dia!! Melalak2 kalau bg susu formula.. Tapi kena paksa dia minum jugak takut tak cukup kalsium.. Now bagi secara manual je walaupun dia menangis.. Kalau bagi botol lagi la dia taknak.. Sedih sungguh!!


 Well ni la die pengarang jantung hati papa n mama... Semoga anak mama ni jadi anak yang soleh... Amin!

Ubat mujarab stress

Hidup ini sama seperti melalui jalanan menuju ke destinasi yang ditetapkan. Sesekali kita tersesat dalam mencari destinasi sebenar. Kadang jalan yang dilalui penuh liku dan simpangnya. Sesekali kita akan bertemu dengan lubang yang besar. Paling tidak jambatan yang kita mahu kita seberangi roboh sedangkan destinasinya sudah semakin hampir.  Tekanan yang dihadapi menjadikan kita runsing.

Islam yang indah dengan isinya memberikan ubat yang mujarab bagi menghadapi tekanan yang datang dalam kehidupan.  Lantas ubat ini menjadikan kita lebih tenang menghadapi  segala ujian dalam hidup.  Hati akan lebih tenang sekiranya kita kembali kepada Allah. Apa juga yang dilakukan mestilah berdasarkan kepada Al-Quran dan Al-Sunnah disertai dengan niat yang ikhlas semata-mata bagi mendapatkan keredaan Allah.


Tip menghadapi Stres

Terdapat beberapa tip yang boleh diamalkan bertujuan bagi mengurangkan tekanan:

01.

Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan sebarang pekerjaan. Tugas yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan.

02.

Al-Quran jadikan amalan

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yang sesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

03.

Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

04.

Selalu berdoa kepada Allah

 Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh.Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

05.

Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba-Nya. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

06.

Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

07.

Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

08.

Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

09.

Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman.

- Artikel iluvislam.com

Tips untuk kekal muda

Adakah makanan yang anda makan membuatkan anda menghadapi simptom-simptom penuaan seperti selalu letih, pelupa, dan sengal-sengal badan? Berikut dikongsikan beberapa panduan untuk membantu anda kembali berasa muda dan kelihatan muda.
Tentu ada di antara kita yang menjangkakan sesetengah perubahan mental dan fizikal yang berlaku terhadap diri mereka adalah disebabkan umur yang makin meningkat. Ramai juga di antara mereka yang lupa bahawa makanan harian yang di makan atau tidak di makan juga boleh mempercepatkan proses penuaan tersebut sebelum tiba masanya.
Salah satu faktor yang paling mudah ialah makanan diproses atau makanan segera. Makanan seperti ini biasanya mengandungi kalori yang sangat tinggi dan sangat kurang zat seperti B12 dan Omega-3s.
Ketidakseimbangan makanan seperti ini yang menyebabkan berlakunya simptom-simptom penuaan yang biasanya dianggap sebagai kesan peningkatan umur oleh sesetengah pihak. Sekiranya anda salah seorang yang mengalami simptom penuaan seperti keletihan dan pelupa ini, anda bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat samada mengubah diet anda atau menambah supplemen yang boleh membantu anda untuk berasa dan kelihatan muda.

1. Anda selalu berasa letih dan kurang bertenaga?

Anda mungkin memerlukan lebih  vitamin B12. Vitamin ini boleh didapati di dalam makanan yang berasaskan haiwan. Vitamin ini membantu menyelia penghasilan metabolisma dan tenaga serta merupakan salah satu kunci untuk mengekalkan kesihatan otak dan sistem saraf yang baik. Keletihan merupakan tanda-tanda kekurangan vitamin B12 yang biasanya berlaku kepada mereka yang kurang makan makanan yang mengandungi protein haiwan. Pengambilan antasid untuk mengurangkan pedih ulu hati dan gastrik juga boleh menyebabkan kekurangan vitamin B12 kerana ia menganggu penyerapan B12 ke dalam badan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan vitamin B12? Sekiranya anda kurang makan daging atau produk tenusu atau tidak mengambil supplemen B12, anda tidur 7 – 8 jam setiap malam, dan anda seorang yang aktif, jadi kekurangan tenaga anda adalah berpunca dari kekurangan vitamin B12 di dalam badan. Oleh itu anda perlu menambah pengambilan produk tenusu kurang lemak seperti yogurt dan juga makanan lain seperti ikan, ayam dan daging.

2. Anda selalu mengalami sakit-sakit sendi?

Anda mungkin memerlukan lebih zat mangan dan kuprum. Ini adalah kerana kedua-dua zat ini diperlukan untuk mengekalkan kesihatan sendi rawan dan fleksibiliti badan. Pengambilan supplemen zat ini boleh mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.
Apakah makanan yang kaya sumber zat mangan dan kuprum ini? Kekacang, daging, dan sayur bayam merupakan sumber yang baik untuk zat ini tetapi anda ia tidak akan mencukupi sekiranya anda hanya makan makanan tersebut. Oleh itu anda disarankan untuk mengambil supplemen bagi memperolehi zat yang cukup untuk mengelakkan dan mengurangkan kesakitan sendi yang anda alami.

3. Anda selalu dan mudah terlupa?

Anda mungkin memerlukan lebih omega-3, sejenis asid lemak yang diperlukan oleh badan. Asid lemak ini diperlukan dalam membina otak yang sihat. Jika anda tidak mendapatkan zat ini dengan secukupnya, otak anda akan menjadi lemah dan fungsi otak juga terjejas termasuk memori atau ingatan anda. Tetapi bukan sahaja omega-3s yang penting, keseimbangan di antara omega-3s dan omega-6s juga adalah sangat penting. Diet harian kebanyakan daripada kita terlalu banyak mengandungi omega-6s yang terdapat dari makanan yang diproses tinggi atau makanan segera. Oleh itu, semakin banyak omega-6s yang terkandung dalam makanan anda, semakin tinggi jumlah omega-3s yang anda perlukan untuk mencapai keseimbangan.
Bagaimana untuk mengetahui yang anda kekurangan omega-3s? Cuba lihat semula apa yang anda makan setiap hari. Sekiranya anda tidak makan ikan, kekacang dan kebanyakan lemak yang anda makan adalah dari sumber daging semata-mata, anda sememangnya tidak mendapat zat omega-3s ini.
Oleh itu, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang diproses atau makanan segera seberapa banyak yang boleh dan masak makanan anda dengan menggunakan minyak zaitun. Selain itu, ikan salmon dan ikan sardin juga antara sumber omega-3s yang baik. Anda juga bolehlah menambah pengambilan bijirin dan serat serta kekacang seperti kacang almond seterusnya menambah pengambilan zat omega-3s ini di dalam badan.

4. Tekanan darah anda semakin meningkat?

Anda mungkin memerlukan lebih zat potassium. Kekurangan zat potassium ini di dalam badan akan meningkatkan kesan toksin yang terdapat dari makanan yang mengandungi kandungan garam yang tinggi. Kebanyakan makanan diproses mengandungi sodium yang tinggi tetapi tidak untuk zat potassium. Lebih memburukkan apabila buah pinggang anda cuba untuk mengeluarkan kandungan garam ini dari badan anda, anda akan kehilangan lebih banyak zat potassium pada masa yang sama. Ketidakseimbangan inilah yang merosakkan saluran darah seterusnya meningkatkan tekanan darah anda.
Pemakanan yang sihat boleh menyembuhkan penyakit seperti ini. Oleh itu, anda hendaklah mengurangkan pengambilan sodium dan makan lebih kurang 4 – 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Untuk suplemen, anda bolehlah berbincang dengan doktor untuk mengetahui supplemen potassium yang tidak memberi kesan sampingan.
Berdasarkan faktor-faktor yang dikongsikan di atas, jelaslah bahawa corak pemakanan seharian kita merupakan sesuatu yang sangat penting untuk kesihatan seluruh anggota badan. Selain itu, ia juga jelas menunjukkan bahawa makanan yang diproses atau makanan segera ini merupakan antara faktor utama terjadinya pelbagai penyakit yang menyerang tubuh kita. Oleh itu, amalan pemakanan yang sihat adalah sangat disarankan untuk mendapatkan kesihatan yang baik.
Ingat, tubuh badan kita ini bukanlah untuk digunakan dalam jangka masa setahun dua tetapi untuk sepanjang hayat kita.