I wanna back to normal

Thursday 12 January 2012

Sekiranya Si Dia mengerti apa perasaanku...

Cerita ini mengisahkan seorang isteri yang sering memendam rasa terhadap suami yang dicintainya... Setiap pasangan yang berkahwin mengidamkan sebuah perhubungan yang aman dan bahagia... Betul kata orang tua-tua, bila bercinta semuanya indah, tapi bila dah dapat semuanya tak sedap mata memandang... Semua isteri mahukan kebahagiaan di dunia dan di akhirat...

Si isteri ini tidak tahu mana silapnya, si suami berubah selepas beberapa tahun menikahi si isteri.. Di awal perkahwinan semuanya indah... Mahu keluar bekerja salam dan peluk cium dahi isteri... Tapi sekarang hanya cium anak... Isteri di sebelah dibiar menunggu giliran untuk di cium.. Tapi si isteri hampa, si suami melulu keluar bersama2 beg kerja meluru ke kereta.. Si isteri terkebil-kebil dan memendam perasaan sambil berkata di dalam hati ' dulu nak juga peluk dan cium aku sebelum pergi mana2.. Sekarang cium anak je.. dah tak sayang aku kot'.. Si isteri memendam perasaan yang sangat memilukan hatinya...
Bila malam menjelang, si isteri rasa selesa bila di dakap oleh suami.. Dulu semasa baru kahwin, tak perlu di suruh automatik si suami akan mendakap isteri tiap-tiap malam sebelum tidur... Tetapi sekarang, si isteri hanya termenung melihat si suami yang sudah lena di buai mimpi sambil memeluk bantal... Dulu sebelum tidur, ucap selamat malam dan kucup dahi, but now kiss dahi anak je.. seperti biasa si isteri memendam rasa lagi... Dulu sebelum bersalin, badan okay lagi, tapi sekarang nak peluk pun dah taknak... sayu hati si isteri bila mengenangkan si suami sudah berubah....

Ya Allah, sesungguhnya aku amat mengerti perasaan si isteri.. Si suami tidak mengambil peduli pasal perasaan si isteri.. Tidak sedarkah dia bahawasanya si isteri la yang melahirkan zuriatnya, si isteri la yang menyusukan zuriatnya, si isteri la yang memberikan si suami sepenuh kasih sayang, tetapi si suami tidak pernah menghargai si isteri.... Sedih pilu, bila si isteri di ketepikan... Di dalam perkahwinannya, si isteri mahukan si suami untuk lebih sayang menyanyagi antara satu sama lain... Makin hari makin sayang, makin dekat di hati masing-masing.. Bukan seperti ini, yang semakin hari semakin jauh... semakin hari si isteri semakin memendam rasa dengan sikap si suami... Tapi apakan daya si isteri, dia hanyalah seorang isteri yang tidak mampu untuk berbuat apa2.. Hanya menunggu nasib yang akan tiba... Si isteri hanya mampu berdoa agar si suami berubah menjadi lebih sayang kepadanya...

Wahai suami suami sekalian, bagaimana anda rasa sekiranya si isteri sudah tidak ada lagi di dunia ini.. Adakah masa itu baru si suami menyesal? kenapa perlu menunggu waktu yang lama untuk menghargai isteri anda, sesungguhnya Ajal dan maut semua ditangan Tuhan... Belajarlah menghargai isteri, sesungguhnya isteri lah yang melengkapkan hidup di setiap keluarga... Tiada isteri tiada la zuriatmu wahai suami... Jangan terlalu mengambil mudah tentang perasaan si isteri... Renung-renungkan lah...

No comments:

Post a Comment